Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Ribuan rakyat Iran berhimpun di Tehran bagi membantah serangan udara berterusan oleh Israel dan Amerika Syarikat, menyatakan sokongan kepada kerajaan mereka. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa telah memusnahkan lebih 35 kemudahan peluru berpandu dan beberapa fasiliti yang didakwa berkaitan program nuklear Iran

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu ribuan rakyat Iran berhumpun di Tehran bagi menyuarakan sokongan kepada kerajaan mereka sambil mengecam serangan udara yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat.
00:11Impulan itu menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan Iran sambil melawangkan slogan anti-America dan anti-Israel di beberapa lokasi awam termasuk stesen kereta api bawah tanah.
00:21Pasukan Pertahanan Israel IDF mengesahkan lebih 25 pesawat pejuangnya telah menyasarkan lebih 35 kemudahan penyimpanan dan pelancar peluru berpandu di Tasbir, wilayah Azerbaijan Timur serta Kemensyah di Barat Iran.
00:37Dalam serangan berasingan, lebih 50 jet pejuang dilaporkan melancarkan serangan malam di Tehran yang menyasarkan kemudahan disyaki terlibat dengan pembangunan program senjata nuklear Iran.
00:48Antara yang terjejas termasuk ibu pejabat organisasi inovasi dan penyelidikan pertahanan serta fasiliti pengeluaran komponen penting untuk peluru berpandu jarak jauh.
01:00Tiga pelancar peluru berpandu yang sedang dalam keadaan bersiap sedia turut dimusnahkan termasuk seorang komanda tentera yang didakwa sedang menjalankan operasi.
01:08IDF turut menyatakan sistem peluru berpandu dan radar di sekitar Isfahan dan Tehran telah menjadi sasaran dalam beberapa serangan sebelum ini.
01:17Manakala di Iran, serangan di wilayah Azerbaijan Timur disahkan telah mengorbankan beberapa anggota korp pengawal revolusi Islam.

Recommended