Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia memberi bantuan penempatan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia di Iran sekiranya mereka memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi bersedia memberi bantuan penempatan pendidikan kepada semua pelajar Malaysia di Iran sekiranya mereka memutuskan untuk pulang ke tanah air.
00:11Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Sri Zamri Abdul Qadir berkata, pihaknya akan membantu untuk menempatkan mereka di institusi pengajian tinggi IPT dalam negara berdasarkan kursus akademik masing-masing.
00:23Menurutnya, mereka merupakan rakyat Malaysia yang menjadi kewajipan kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
00:33Ditanya mengenai laporan berita berkenaan empat pelajar Malaysia di Iran yang enggan untuk pulang, beliau berkata pihaknya telah berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan namun tidak dapat mengambil sebarang tindakan jika pelajar berkenaan memilih untuk tidak pulang.
00:48Zamri berkata KPT sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam menguruskan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara khususnya ketika berlakunya sebarang krisis.
01:00Pada Jumaat, media melaporkan Kementerian Luar dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air, susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Recommended