Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
SPRM membekukan 324 akaun dan menyita aset bernilai lebih RM332 juta dalam siasatan sindiket penyeludupan besi buruk dan e-waste yang dikaitkan dengan kerugian cukai eksport RM950 juta, dengan 27 saksi telah dirakam keterangan dan siasatan merentasi lima negeri masih diteruskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM merakam keterangan 27 saksi berhubung sindiket penyeludupan besi buruk dan e-waste dikesan di lima negeri dianggarkan menyebabkan kerajaan rugi lebih RM950 juta hasil cukai ekspor.
00:17Pengarahkanan bahagian operasi khas SPRM, Datuk Muhammad Zamri Zainul Abidin mengesahkan, SPRM masih mengenalpasti suspek terlibat dalam sindiket beroperasi sejak enam tahun lalu.
00:30Jumlah pembekuan melibatkan 324 akaun yang mana 142 daripadanya milik syarikat dan 182 milik individu dengan nilai hampir RM150 juta, manakala nilai sitaan aset dianggarkan melebihi RM183 juta.
00:48Secara keseluruhan, nilai pembekuan dan sitaan mencapai lebih RM332 juta.
00:56Dalam pada itu, Zamri menegaskan SPRM sedang meneliti sumber kewangan suspek dan syarikat terlibat dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Bank Negara Malaysia.
01:09Kis disiasat di bawah Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009, Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Akta Kastam 1967.

Recommended