Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jose Adolfo Macias atau “Fito”, ketua geng jenayah Los Choneros, diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas penangkapannya mencetuskan darurat dan konflik bersenjata di Ecuador.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang daripada penjenayah paling dikehendaki di Ecuador, Jose Adolfo Macias atau dikenali sebagai FITO, diekstradisi ke Amerika Syarikat.
00:09Lapor media Ecuador memetik kenyataan pihak berkuasa penjara negara itu. Pemindahan dilakukan mengikut ketetapan pihak berkuasa yang berwibawa.
00:18Macias, ketua kumpulan jenayah berpengaruh Los Ceneros, melarikan diri dari penjara keselamatan Maksimum Laroka pada Januari 2024.
00:26Beliau ketika itu sedang menjalani hukuman penjara 34 tahun atas kesalahan termasuk pembunuhan dan pengedaran dadah.
00:35Macias berjaya diberkas semula pada akhir Jun, kehilangan yang mencetuskan gelombang keganasan di seluruh negara.
00:40Presiden Ecuador Daniel Noboa kemudian bertindak mengisytiharkan konflik bersenjata dalaman serta mengklasifikasikan 22 kumpulan jenayah termasuk Los Ceneros sebagai organisasi pengganas.
00:52Ecuador kini berdepan krisis keselamatan apabila kumpulan dadah berpengaruh mula bertapak di negara yang dahulunya aman.
01:00Noboa turut mengisytiharkan darurat dan mengerahkan angkatan tentera untuk membanteras kumpulan jenayah tersebut.
01:05Terima kasih telah menonton!

Recommended