00:00Berbesar kembali, hanya sebagai penyanyi dan tidak berselindung di sebalik perniagaan yang menyalahi undang-undang, itu penegasan penyanyi Dikir Modern Ida Izrin yang ketika ini masih ditahan di penjara Naratiwat.
00:13Ketika ditemui Yasu Awani di dalam kamar penjara Naratiwat pada Jumaat, Ida Izrin atau nama sebenarnya Wan Nur Syahida Azlin Wan Ismail meminta masyarakat tidak mengaitkan dirinya bersekongkol dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah.
00:30Menurut Ida Izrin, video yang tular baru-baru ini mengaitkannya dengan seorang usahawan yang telah ditahan pihak polis kerana menjalankan aktiviti pengedaran dadah melibatkan rampasan pil kuda bernilai lebih 5 juta ringgit.
00:45Katanya, video tersebut diambil individu berkenaan ketika menghadiri satu majlis tersepontan. Ida malah mendakwa tidak mengenali secara dekat usahawan yang ditahan polis itu.
00:56Ida menjelaskan dia juga tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan produk kosmetik atau apa juga perniagaan.
01:06Ditanya keadaan dirinya yang dilihat semakin cantik, Ida memberitahu dia memang menjaga penampilan meskipun berada dalam tahanan.
01:16Menurut Ida, dia bersolek setiap hari memandangkan peralatan solekan boleh dibeli di dalam penjara berkenaan.
01:22Dia mahu mengekalkan penampilannya supaya kekal relevan apabila dibebaskan kelak.
01:28Ida juga memberitahu dia dilayan dengan baik di dalam penjara berkenaan, malah turut disediakan televisyen untuk dia menyanyi bersama penghuni lain.
01:36Nasib Ida Izrin bersama suami dan empat rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa,
01:45meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.
01:49Proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.