00:00Bukan salah kami, tapi kenapa kami yang jadi mangsa?
00:05Kata-kata itu sejak hari pertama kedengaran di kalangan mangsa yang juga penduduk kampung Kuala Sungai Baru.
00:12Walaupun bantuan diterima sebanyak RM30,000 bagi penduduk kampung dan RM60,000 bagi penduduk rumah teras,
00:19tapi masih tidak mencukupi.
00:22Dengan jumlah itu, mereka terpaksa membina semula hidup kerana rumah 100% musnah.
00:27Wartawan Syafiqah Azami membuat tinjauan semula di lokasi selepas genap 4 bulan kejadian letupan gas di Putra Heights.
00:37Bagi Muhammad Nasir Abdul Hamid, yang menetap puluhan tahun di rumah ini, terlalu banyak kenangan dan titisan keringat.
00:45Tapi itu masa silam dan beliau terima hakikat, kini rumahnya musnah.
00:50Sekarang misinya membina semula rumah walaupun usia menjejah 70 tahun.
00:55Dia ukur dah berkali-kali, tapi alasan macam-macam.
01:00Jadi dia nak buat yang rumah RM300,000 dulu.
01:04Jadi rumah kami cuma nak baik ni macam tak ada desain apa, dia kata kos tinggi.
01:10Kalau saya, bagi saya rumah ni simple sangat.
01:13Tak ada silin, tak ada mozet.
01:15Naik atap, wiring dah ok.
01:20Toilet itu dah.
01:21Walaupun diberikan bantuan baik pulih sebanyak RM30,000, jumlah itu tidak mencukupi untuk kos sewa dan kehidupan seharian, apatah lagi membina semula perniagaannya.
01:31Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap ketidaktelusan tempoh siap kerja-kerja pembinaan dan komunikasi daripada pihak kontraktor.
01:58Pasal dia bagi tempoh untuk setahun ni kan, pasal dia tarik lagi bayar sewa kan, untuk setahun.
02:07Jadi tak adalah maksudnya dalam tu sebelum benda ni buat, kita tak boleh bertanya apa-apa yang...
02:13Maksudnya dia pun boleh dakwa kita balik.
02:16Jadi kita rasa macam diam dulu, tunggu dan lihat.
02:18Dalam keadaan ini, kenangan di rumah lama masih tersemat erat dalam dirinya, lebih-lebih lagi dengan sembilan anak yang sering pulang beraya.
02:29Kisah Nasir ini hanya satu kisah, rasa tidak puas hati.
02:33Terdapat 137 rumah di kampung Kuala Sungai Baru yang mengalami nasib yang sama.
02:38Terima kasih.
02:40Terima kasih.
02:41Terima kasih.