• 1 year ago
Kerajaan akan membangunkan Sistem Repositori Harga dan Bekalan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kawal selia harga dan rantaian bekalan utama.
Transcript
00:00Kerajaan akan membangunkan sistem repositori harga dan bekalan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kawal selia harga dan rantaian bekalan utama.
00:15Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup, Dato' Armiza Mama Ali berkata pembangunan sistem tersebut merupakan salah satu strategi di bawah teras menaikkan lantai RMK13 yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu kos sarihidup secara menyeluruh dan bersepadu.
00:34Kita melihat kepada persoalan kos, harga, barang atau perkhidmatan tersebut tetapi kita juga melihat kepada aspek sarihidup rakyat itu sendiri iaitu pendapatan boleh guna rakyat.
00:51Jadi dua-dua komponen itu akan diambil kira. Dalam tempoh lima tahun ini, kita akan membangunkan sistem repositori harga dan bakalan makanan.
01:06Sekarang ini kita mempunyai data berkait dengan harga di peruncitan. Sektor peruncitan kita ada, kita kutip harga melalui pegawai-pegawai pemantau harga kita.
01:18Tegas Armizan, usaha ini turut dijangka mengukuhkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan memendung manipulasi oleh orang tengah melalui penggunaan data yang lebih tepat dan telus.
01:31Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pesara Guru di Dewan ITCC di Penampang, Sabah.

Recommended