• 1 year ago
Organisasi Penerbangan Awam (CAO) Iran telah membuka sepenuhnya ruang udara negara itu, selepas melaksanakan sekatan selama 12 hari susulan konflik dengan Israel
Transcript
00:00Iran menarik balik semua sekatan ruang udara yang dikenakan semasa konflik selama 12 hari dengan Israel menurut pengumuman rasmi daripada Organisasi Penerbangan Awam Iran, CAO pada Sabtu.
00:12Dalam kenyataan di laman web rasminya, CAO memaklumkan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa kini kembali seperti sebelum perang.
00:21Lapangan terbang-terbangsa Mehrabat di Teheran juga telah menyambung semula operasi 24 jam.
00:27CAO Iran berkata semua syarikat penerbangan dan agensi pelancongan boleh menawarkan perkhidmatan penerbangan dan jualan tiket sepanjang masa.
00:37Iran menutup ruang udaranya pada 13 Jun lepas selepas serangan udara Israel ke atas Teheran dan beberapa kawasan lain.
00:45Konflik tersebut berakhir dengan gencatan senjata pada 24 Jun.
00:48Proses pembukaan semula ruang udara bermula secara berperingkat pada 26 Jun dengan lapangan terbang mula beroperasi seperti biasa.
00:55Pada 17 Jul lepas, CAO Iran mengesahkan semua lapangan terbang telah kembali beroperasi sepenuhnya kecuali Mehrabat yang masih berjadual terhad dari jam 4 pagi hingga 7 malam waktu tempatan.

Recommended