• 1 year ago
Selepas dilanda banjir kilat sehingga meragut tiga nyawa, Bandar Mandi di wilayah Uttar Pradesh, India, dilanda pula tanah runtuh
Transcript
00:00Hujan lebat melanda beberapa kawasan di Bandar Patna Timur India pada Sabtu, termasuk kawasan Pasar Utama.
00:08Situasi itu menyebabkan gangguan kepada peniaga dan pembeli yang terpaksa berdepan dengan banjir kilat dan kesesakan lalu lintas.
00:18Dalam perkembangan berkaitan, hanya beberapa hari selepas banjir kilat meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Bandar Mandi Utara India,
00:25satu kejadian tanah runtuh besar berlaku Jumat lepas.
00:27Insiden itu menyebabkan beberapa laluan utama terhalang dan menyukarkan pergerakan penduduk serta operasi penyelamatan.
00:36Untuk rekod musim monsoon merupakan nadi penting kepada ekonomi India yang bernilai hampir 4 triliun dolar Amerika.
00:42Hujan monsoon menyumbang hampir 70% daripada jumlah hujan tahunan yang diperlukan untuk pertanian serta mengisi semula takungan air dan akuifer.
00:51Hampir separuh daripada kawasan pertanian di India tidak mempunyai sistem pengairan.
00:55Sebaliknya ia bergantung sepenuhnya kepada hujan monsoon yang berlaku antara bulan Jun hingga September untuk pertumbuhan tanaman.
01:03Nama begitu hujan yang terlalu lebat seringkali membawa kesan buruk seperti kejadian tanah runtuh dan banjir termenung.

Recommended