• 1 year ago
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap SJKC Chung Hua Port Dickson, sekiranya siasatan mendapati ia bersalah dalam insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang terbalik

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tindakan tegas akan diambil terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Cheonghua Port Dickson yang terbabit dengan insiden pemasangan jalur gemilang secara terbalik pada Jumat lalu.
00:12Menteri Pendidikan Fadina Siddiq berkata sebarang tindakan akan dilakukan selepas pihaknya mendapat laporan penuh siasatan berhubung kes itu.
00:20Kita sedang menunggu siasatan penuh tapi saya ingin menegaskan bahawa sebaik saja kita dapat laporan penuh kita akan membuat tindakan yang setegasnya kerana berdasarkan siasatan dan juga apa yang berlaku itu perkara yang rapat dengan isu pendidikan ini kita sudah tegaskan banyak kali.
00:42Jadi sebaik saja dapat laporan siasatan kita akan membuat tindakan tegas berdasarkan siasatan tersebut.
00:47Katanya Kementerian sentiasa mengingatkan tentang sensitiviti, tanggungjawab dan komitmen berhubung jalur gemilang, terutamanya sewaktu negara menuju ke Hari Kebangsaan.
00:58Terdahulu media melaporkan SJKC Cheonghua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan jalur gemilang secara terbalik di premis sekolah itu Jumat lalu.
01:08Kejadian didakwa berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja namun tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik.

Recommended