Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kremlin pada Khamis sahkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan dan persiapan bagi sidang kemuncak itu juga sedang dijalankan dalam beberapa hari akan datang.
Transcript
00:00Bertemu semula Kremlin pada Khamis, sahkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan dan persiapan bagi sidang kemuncak itu juga sedang dijalankan dalam beberapa hari akan datang.
00:14Penasihat dasar luar Putin Yuri Ushakov mengesahkan perkara itu seperti dilaporkan agensi berita Rusia.
00:21Trump dilaporkan mahu bertemu Putin bagi membincangkan penamatan perang di Ukraine menurut sumber kerajaan Jerman pada Rabu.
00:31Ia susulan perbualan antara Trump itu dengan pemimpin Eropah termasuk Chancellor Friedrich Mertz.
00:36Trump sebelum ini turut menyatakan bahawa Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mungkin akan bertemu dalam masa terdekat bagi membincangkan penyelesaian kepada perang antara kedua-dua negara jiran itu.
00:48Bagaimanapun pengumuman Karamellin tidak menyebut sebarang maklumat mengenai pertemuan dengan Zelensky.

Recommended