Sektor pertanian menyumbang sebanyak RM12.2 bilion atau 14.5 peratus kepada KDNK Sabah dan memainkan peranan penting dalam memastikan keterjaminan makanan negara.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertanian bukan sekadar penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negeri,
00:11malah sektor ini memainkan peranan kritikal dalam memastikan keterjaminan makanan negara.
00:18Buktinya, sektor ini menyumbang sebanyak RM12.2 bilion atau 14.5% kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK Sabah.
00:27Justeru kerajaan negeri memberi keutamaan untuk terus memperkasa bidang ini dengan pendekatan lebih strategik dan inklusif
00:35supaya ia kekal menjadi enjin pertumbuhan dan pemacu ekonomi negeri yang lebih dinamik dan berdaya tahan.
00:43Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinor berkata, sebagai negeri yang kaya dengan sumber tanah subur dan iklim tropika yang sesuai untuk pertanian,
00:52Sabah mengambil pendekatan berani dalam menyokong agenda keterjaminan makanan nasional.
00:59Gudrat, petani, nelayan dan penternak adalah tonggak kepada sekuriti makanan negara.
01:07Justeru kita wajib memberikan sokongan sepenuhnya bukan hanya dengan ucapan terima kasih tetapi dengan dasar insentif, latihan dan kemudahan infrastruktur
01:22bagi menyokong golongan petani dan penternak ini untuk terus berjaya dan berdaya saing dalam ekonomi modern hari ini.
01:33Sehubungan itu, kerajaan negeri amat komited untuk memastikan sektor pertanian terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya tahan.
01:48Untuk makluman, sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga kepada ekonomi negeri Sabah
01:56iaitu sebanyak 12.2 bilion ringgit Malaysia atau 14.5% daripada KDNK negeri Sabah.
02:09Haji Ji berkata, sebagai negeri yang kaya dengan sumber tanah subur dan iklim tropikal yang sesuai untuk pertanian,
02:17Sabah mengambil pendekatan berani dalam menyokong agenda keterjaminan makanan nasional.
02:21Antara langkah konkret termasuk penumbuhan semula lembaga padi dan beras Sabah pada tahun lalu
02:26setelah ditutup pada tahun 1981 bagi memperkasa industri padi tempatan
02:32dan meningkatkan tahap sara diri SSL beras kepada 30% menjelang 2026 dan 60% menjelang 2030.
02:41Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif
02:48untuk mengwujudkan semula lembaga padi dan beras Sabah pada tahun lalu
02:54setelah ia ditutup pada tahun 1981.
03:00Penumbuhan lembaga padi dan beras Sabah ini adalah langkah strategik
03:05yang diambil bagi mencapai hasrat meningkatkan kadar tahap sara diri SSL beras tempatan
03:16sebanyak 30% menjelang tahun hadapan dan 60% pada tahun 2030.
03:25Beliau berkata, Sabah kini mempunyai 15 taman kekal pengeluaran makanan TKPM
03:32yang berjaya menghasilkan lebih 1,494 metrik ton hasil makanan
03:37dan menjana pulangan melebihi 4.32 juta ringgit setakat ini.
03:44Seiring transformasi sektor agromakanan negara,
03:46Haji J menekankan kepentingan penggunaan teknologi modern
03:49seperti Internet of Things, IoT dan pertanian pintar smart farming
03:54bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran,
03:57menjana produktiviti lebih tinggi dan menarik minat kolongan muda.
04:02Haji J turut menyeru komuniti peladang, penternak dan nelayan di Sabah
04:06agar lebih terbuka, menerima perubahan dan meneroka teknologi baharu
04:11dalam amalan pertanian serta pengurusan ladang secara modern.
04:15Haji J berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang
04:19dan Ternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK 2025
04:23di Sabah International Convention Center SICC pada 3 Ogos 2025
04:30yang disempurnakan Perdana Menteri Datu Seri Anwar Ibrahim.
04:34Menteri Datu Seri Anwar Ibrahim.

Recommended