00:00Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menduduki Gaza City menandakan satu lagi pencerobohan besar-besaran dalam perang yang telah berlarutan selama 22 bulan.
00:12Langkah ini dijangka membuka jalan kepada pengambil alihan ketenteraan sepenuhnya ke atas menanjung Gaza oleh Pasukan Pertahanan Israel IDF.
00:21Menurut laporan The Jerusalem Post, operasi ini akan bermula dengan mengepung bandara Gaza dan memindahkan kira-kira sejuta penduduk ke bahagian selatan Gaza.
00:32Netanyahu menyatakan bahawa matlamat utama adalah untuk menghapuskan Hamas dan menyerahkan pentadbiran Gaza kepada kuasa Arab yang mesra Israel.
00:41Langkah ini mencetuskan kebimbangan sirius dalam kalangan keluarga tahanan Israel yang masih ditahan di Gaza.
00:47Mereka bimbang bahawa pencerobohan ketenteraan akan membahayakan nyawa orang tersayang.
00:53Bekas pegawai keselamatan Israel turut memberi amaran bahawa pendudukan penuh mungkin menjadi perangkap yang berisiko tinggi dan tidak memberi manfaat ketenteraan yang jelas.
01:04Ketua staf IDF, Lieutenant General Iyal Zamir menyuruhkan kebimbangan terhadap rancangan ini menyatakan ia akan mebebankan tentera dan membahayakan nyawa tahanan.
01:13Sementara itu, komuniti antarabangsa terus mendesak gencata-senjata dan memberi amaran bahawa tindakan Israel boleh mengasingkan negara itu secara diplomatik.