Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis Labuan menahan lelaki warga India selepas memukul isteri dan anaknya dengan botol arak dalam kejadian awal pagi di Kampung Tanjung Aru.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki warga India berusia 34 tahun berhubung kejadian keganasan rumah tangga yang menyebabkan isteri dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun cedera parah di kampung Tanjung Aru awal pagi Kamis.
00:15Timbalan Ketua Polis Labuan, Deputy Superintendent Robin Elias Ridwan Ismail berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 1.25 pagi selepas berlaku pertengkaran antara suspek dan istrinya yang berusia 38 tahun.
00:30Katanya suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan botol minuman keras sehingga menyebabkan kecederaan pada hidung, mulut dan belakang kepala.
00:40Anak lelaki mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami luka parah pada pipi kiri. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Labuan.
00:49Menurut Robin, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah ibu pejawat polis daerah Labuan berjaya menahan suspek pada pukul 8 malam hari yang sama.
01:02Suspek direman hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended