00:00Bertemu kembali, Amerika Syarikat menyifatkan mesyuarat jawatan kuasa arm sempadan GBC yang berakhir di Kuala Lumpur pada Khamis
00:07sebagai langkah penting kehadapan dalam memantapkan perjanjian gencatan senjata dan mewujudkan mekanisme pemberhatian ASEAN.
00:16Setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio dalam kenyataan yang disiarkan di laman web Jabatan Negara Amerika berkata
00:23beliau dan Presiden Donald Trump menjangkakan kerajaan Kemboja dan Thailand mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik.
00:33Jelas Rubio, Amerika terus berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata.
00:43Ia hasil langsung daripada kesediaan beliau untuk bersama menganjurkan mesyuarat khas pada 28 Julai dengan Amerika bagi menangani konflik berkenaan.
00:52Mesyuarat GBC berprofil tinggi itu diadakan antara Kemboja dan Thailand bagi menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Malaysia sebagai pengantara selaku pengurusi ASEAN.
01:02Mereka bersetuju melaksanakan kejatan senjata pada tengah malam 28 Julai selepas menerima tekanan daripada ASEAN dan kerajaan antarabangsa.
01:10Kata Rubio pihaknya akan terus menyokong Malaysia, Thailand, Kemboja dan ASEAN apabila proses ini bergerak ke hadapan.