00:00Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada Jumaat menegaskan hasratnya untuk terus memimpin negara itu dalam usaha terbaharu mendapatkan sokongan anggota Parti Demokratik Liberal LDP.
00:11Langkah itu diambil ketika anggota parti meningkatkan tekanan supaya beliau meletak jawatan dengan LDP mengadakan mesyuarat susulan kekalahan besar dalam pilihan raya Dewan Kaunselor pada 20 Julai lalu.
00:22Berdepan pengawasan dan desakan untuk berundur, Ishiba menegaskan keperluan menunaikan tanggungjawab kepada negara termasuk cabaran selepas mencapai perjanjian tarif dengan AS baru-baru ini.
00:34Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pleno bersama anggota LDP daripada kedua-dua Dewan Parlimen.
00:41Mesyuarat itu disifatkan seperti konvensyen LDP tempat keputusan isu-isu penting dibuat.
00:46Walaupun ia tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Ishiba atau mencetuskan pemilihan awal ketua parti, hasil mesyuarat itu berpotensi menguatkan usaha pengkritik untuk memaksa peletakkan jawatan beliau.
00:59Ishiba memenangi pemilihan presiden parti pada akhir September lalu dengan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun dan di jadual berakhir pada 2027.
01:07Perdana Menteri itu turut menghadiri mesyuarat tidak rasmi bersama anggota parti pada akhir Julai dengan kebanyakan mereka dilaporkan menggesa beliau bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya lalu dan melepaskan jawatan.