00:00Bully bukan sekadar salah laku yang perlu dihukum, malah satu penyakit sosial yang perlu dirawat dan dibantras dari akar umbi.
00:11Menurut Exko Majlis Belia Malaysia Merangkap Psikologikal First Aider PFA, T.C. Sivanesen Tamil Selvam, isu bully kini merebak seperti wabak sehingga wajar, diisytiharkan sebagai darurat.
00:23Ini katanya kerana ia terjadi bukan sahaja di sekolah dan di tempat kerja, bahkan lebih daripada itu menular dalam pelbagai lapisan masyarakat.
00:35Saya nampak bully ini adalah bukan satu jenayah, malah itu adalah satu penyakit.
00:40Penyakit yang perlu dirawati dan perlu dikeluarkan daripada ekosistem yang sekarang yang merebak secara, boleh kata dengan pandemik.
00:51Kalau boleh kita daruratkan, kita isytiharkan darurat terhadap bully ini.
00:56Sivanesen menjelaskan terdapat tiga faktor utama yang mendorong kepada tingkah laku bully yang semakin agresif.
01:03Pertama, stigma sosial dalam kalangan generasi muda yang menganggap dominasi sebagai lambang keagungan berbanding sifat kelembutan sehingga mendorong kepada perbuatan mencederakan orang lain.
01:17Faktor kedua adalah status sosial yang menjadi penyumbang utama.
01:21Manakala faktor ketiga melibatkan aspek psikologi di mana ramai pembuli mempunyai masalah mental atau trauma yang bermula dari rumah, namun isu ini sering disembunyikan.
01:33Ramai yang tak fokus kepada psikologi punya sektor ini di mana mereka yang terlibat dengan atau si pembuli ini yang bully orang itu ada masalah mental di rumah, start daripada rumah.
01:50So kita hypekan benda itu dekat situ dan kita menyalahkan orang yang buat perkara itu sebelum kita kenal pasti what is the core issue.
02:00Beliau berkata demikian dalam dialog anak muda pada Jumaat.
02:05Beliau turut menyeru semua pihak termasuk sekolah, majikan, ibu bapa dan pembuat dasar untuk melihat isu bully dari perspektif kesihatan mental bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh dan berkesan.
02:20Terima kasih telah menonton!