Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Para penganjur dan peserta perhimpunan 'Malaysia Bangkit Untuk Gaza' dinasihatkan mematuhi semua peraturan serta undang-undang sedia ada semasa perhimpunan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menjangkakan kehadiran kira-kira 5,000 peserta dalam Perhimpunan Malaysia Bangkit untuk Gaza yang dijadual berlangsung di Ibu Negara pada Sabtu.
00:09Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dangwangi Asisten Komisioner Sulismi Afendi Sulaiman menasihati para penganjur dan peserta perhimpunan mematuhi semua peraturan serta undang-undang sedia ada semasa berhimpun.
00:23Tegasnya, peserta juga perlu mematuhi larangan membawa objek tajam seperti besi atau kayu membawa senjata berbahaya semasa perhimpunan.
00:35Menurutnya selain itu, peserta juga dilarang menulis, membawa dan mempamerkan sepanduk berunsur 3R, agama, kaum, institusi, diraja, mengeluarkan ucapan berunsur fitnah atau tuduhan palsu, membawa kanak-kanak semasa perhimpunan, merusuh dan melawan arahan pihak berkuasa.
00:52PDRM menjangkakan berlaku kekesakan jalan raya menghala pusat bandar berikutan pertambahan jumlah peserta perhimpunan yang memasuki kawasan terbabit.
01:02Namun, pembantauan kawalan lalu lintas tetap dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai.
01:09Perhimpunan itu anjuran Sekretariat Humaniti for Gaza, H4G, bersama Persatuan Ulama Malaysia dengan pencintaan gabungan pertubuhan bukan kerajaan NGO, mahasiswa serta masyarakat awam.
01:21Perhimpunan di jadual bermula dari tiga lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamit Sultan Abdul Samad dan Kompleks Sogo sebelum perserta bergerak ke Dataran Merdeka.
01:31Terima kasih.
01:33Terima kasih.

Recommended