00:00Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sahkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lalu.
00:11Tengku Zafrul berkata beliau kini merupakan ahli PKR bagi cabang Ampang.
00:17Katanya beliau tidak ingat tarikh penerimaan permohonan itu tetapi ia pada perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat Parti dua minggu lalu.
00:24Pada 30 Mei lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.
00:32Tengku Zafrul, penerusi surat yang dihantar kepada Pimpinan UMNO memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO bahagian Kota Raja dan Ahli UMNO.
00:45Terima kasih kerana menonton!