00:00Bertemu kembali. Lawatan yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Kazan Rusia memberi dorongan baru dalam usaha memperkukuh hubungan erat Malaysia dan Tatastan.
00:11Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Baginda yakin terdapat potensi besar untuk Malaysia memperdalam kerjasama ekonomi dalam bidang petrokimia, inovasi, kewangan Islam dan sektor halal.
00:23Baginda turut bertitah kempimpinan cermelang Presiden Republik Tatastan, Rustam Minikanov dalam kumpulan visi strategik Rusia Dunia Islam, membuktikan komitmen teguh dalam memajukan umah.
00:38Lawatan ini juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk meneruskan aspirasi bersama memperkukuh kerjasama dengan Tatastan termasuk hubungan ekonomi antara rakyat yang semakin berkembang.
00:49Baginda turut menzahirkan perhargaan atas kerjasama kukuh dalam bidang akademik, termasuk penyelidikan bersama antara universiti di Malaysia dan Kazan, terutama dalam bidang kejuruteraan, tenaga dan sains komputer.
01:03Sultan Ibrahim menghargai kerjasama berterusan antara Universiti Persekutuan Kazan dan Universiti Penyelidikan Teknologi Nasional Kazan dan Universiti Teknologi Malaysia.
01:13Tatastan merupakan salah satu Republik Autonomi Persekutuan Rusia yang memiliki majoriti penduduk beragama Islam.