00:00Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam QPEX membantah cadangan untuk mengambil jururawat dari Indonesia berkhidmat di hospital kerajaan.
00:10Presiden QPEX, Datuk Adnan Mat, berkata cadangan itu tidak wajar kerana ramai graduan jururawat tempatan masih menunggu pelantikan tetap atau kontrak.
00:20Menurut Anand ada graduan yang menunggu sehingga 8 bulan untuk dilantik sedangkan mereka telah menjalani latihan ketat mengikut Piawaian Kementerian Kesihatan, KKM.
00:32Beliau menegaskan pengambilan jururawat luar negara mungkin tidak menepati standar, berisiko menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan awam, jururawat tempatan lebih memahami budaya, agama dan sensitiviti sosial masyarakat,
00:49sekaligus mengurangkan cabaran komunikasi dan memperkuat hubungan dengan pesakit.
00:54QPEX turut menggesa KKM mempercepat proses pelantikan jururawat tempatan, menambah pengambilan pelatih di institusi latihan, memperluas peluang peningkatan secara lantikan, PSL, serta meningkatkan insentif dan kemudahan untuk jururawat tempatan.
01:13Beliau menjelaskan QPEX sedia berbincang bersama KKM untuk mencari penyelesaian terbaik, menangani isu kekurangan jururawat tanpa menjejaskan peluang kerjaya dan kebajikan warga tempatan.