Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Ribuan peserta Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza berkumpul di Dataran Merdeka pada Sabtu untuk menyatakan solidariti membantah kekejaman zionis.

Perarakan yang bermula jam 5.30 petang dari tiga lokasi utama sekitar pusat bandar itu dijangka berakhir jam 11 malam ini dengan pengisian pelbagai program.

Bagi mendapatkan gambaran terkini, kita terus bersama wartawan Khalis Khadir di Dataran Merdeka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ribuan peserta himpunan Malaysia bangkit untuk Gaza berkumpul di Dataran Merdeka pada Sabtu untuk menyatakan solidariti membantah kekejaman Zionis.
00:10Peran-rakan yang bermula pada jam 5.30 petang dari tiga lokasi utama sekitar pusat bandar itu dijangka berakhir jam 11 malam ini dengan pengisian pelbagai program.
00:20Dan bagi mendapatkan gambaran terkini, kita terus saja bersama dengan rakan setugas Kalis Kadir di Dataran Merdeka.
00:25Kalis mungkin boleh kongsikan, Kalis berada di sana dari sebelah petang sehingga ke waktu ini.
00:30Mungkin boleh kongsikan suasana dan bagaimana semangat yang diterjemahkan oleh peserta yang turut serta untuk himpunan perikali ini.
00:37Kalis.
00:41Baik, terima kasih Syafif Syukri.
00:43Peran-rakan yang bermula jam 5.30 petang itu sesuai selepas hujan mula reda dan berhenti kerana pada awalnya ia dijadualkan pada jam 5 petang.
00:53Ini merupakan himpunan anjuran oleh Sekretariat Humaniti for Gaza H4G yang akan berakhir jam 11 malam ini antara pengisian dari petang sehingga ke malam ini adalah menampilkan beberapa
01:05persembahan asyik antaranya daripada kumpulan Fariz dan Rabbani, persembahan anak Palestine dan ucapan daripada tokoh masyarakat sivil.
01:14dan pastinya tumpuan pada penghujung menuju ke jam 11 malam adalah ucapan penutup yang akan disampaikan oleh tokoh daripada kesatuan ulama' Palestine yang diterjemahkan khas ke Malaysia.
01:24Itu secara ringkas perkongsian ataupun tentative program pada petang sehingga ke waktu malam ini.
01:32dan bagi mendapatkan perkara lanjut mengenai dengan himpunan ini, saya bersama dengan Kian Chua, jurucatat Solidarity Sekretariat Palestine.
01:43Jadi saya ingin bertanyakan tentang bagaimana dengan himpunan pada kali ini, mesej yang ingin kita sampai.
01:49Ya, tadi walaupun hujan, kita bermula sedikit lambat, tapi setakat ini perjalanan dengan lancar, kita telah mempamerkan satu himpunan yang harmoni,
02:08seperti yang kita lihat, terdiri daripada semua kaum, kita juga berjaya telah menunjukkan bahawa yang diantara mereka yang bagi pidato petang tadi,
02:22terdiri daripada Kristian, Muslim, Buddha, Hindu, semua kaum dan semua agama.
02:31Ini adalah semangat kemanusiaan yang kita ingin pamerkan.
02:37Dan setakat ini, kita telah melihat keadaan sangat aman dan orang makin ramai.
02:45Dan saya yakin, ini akan menjadi satu tanda kebangkitan rakyat untuk mendukung kemanusiaan dalam isu Palestine-Ghaza.
02:58Bagaimana saudara melihat peranan Malaysia ini dalam gerakan global membila hak Palestine?
03:04Walaupun ada setengah-setengah pihak kata Malaysia adalah negara yang kecil,
03:09yang tidak mempunyai standing international yang sekuat seperti kuasa-kuasa besar.
03:19Tapi dalam isu kemanusiaan ini, yang penting itu adalah prinsip moral standing itu adalah lebih penting daripada kekayaan sesuatu negara atau kekuatan tentera dia.
03:32Saya rasa Malaysia boleh memainkan satu peranan yang lebih besar lagi untuk menjadi suara dari negara-negara membangun.
03:42dan kalau kita boleh bergabung dengan negeri seperti Afrika Selatan, dengan Brazil, dengan Ireland dan juga Spanyol,
03:56ini akan menjadi satu gelombang baru di mana negara-negara yang tidak berkecuali, tidak bermihak kepada mana-mana kuasa besar
04:07dan menunjukkan bahawa kemanusiaan ini disuarakan oleh negara-negara yang kecil,
04:14bangsa-bangsa yang walaupun tidak kuat tetapi gabungan kita sebagai suara prinsip ini
04:24akan menjadi satu kayu ukur bagi perhubungan antara bangsa negara kita.
04:35Baik, terima kasih saudara Tian Chua kerana sedia bersabang dengan ekstrawan pada ketika ini.
04:40Itu adalah perkongsian yang saya kira cukup padat dan inilah perkembangan terkini yang dapat saya laporkan
04:47mengenai dengan himpunan pada malam ini.
04:50Sekian dahulu, terus saja kepada rakan tugas Syafiq Syukri di Bukit Jalil.
04:53Terima kasih.
04:54Terima kasih.
04:55Terima kasih.
Comments

Recommended