00:00Semua urusan imigresen hanya boleh dilakukan melalui saluran rasmi sama ada di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia atau secara dalam talian di portal rasmi dan tiada pegawai atau pihak ketiga dibenar menguruskan permohonan di luar prosedia.
00:15Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Shaaban berkata perkara itu susulan penularan video di media sosial sejak Jumat lalu yang memaparkan sepasang suami isteri mendakwa membayar RM5,000 kepada seorang individu bergelar datuk bagi menguruskan pas lawatan kerja sementara PLKS bagi membebaskan adik mereka yang ditahan di depo imigresen.
00:37Katanya dalam kenyataan pada Sabtu hasil semakan lanjut bersama pemilik akaun itu mendapati pas digital seperti yang didakwa adalah disyaki palsu.
00:48Ini kerana kod QR diubah suai manakala semakan silang menerusi sistem MYIMMS menggunakan nombor pasport menunjukkan tiada sebarang rekod PLKS.
00:59Susulan itu imigresen menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular itu dan memandang serius cubaan memperdayakan orang awam.
01:06Zakaria turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan agar membuat laporan kepada polis atau suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia.
01:17Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca penyalahgunaan maklumat dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.