00:00Maritim Malaysia menyambung semula pencarian seorang kru kapal layar warga Turki yang hilang di perairan Pulau Yu, Terengganu.
00:07Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato' Muhammad Rosli Abdullah berkata,
00:12operasi terbaru itu dilaksanakan selepas menerima permohonan rasmi daripada Kerutaan Besar Turki melalui Kementerian Luar.
00:21Eser Demirkol adalah seorang daripada tiga kru kapal layar Desi yang karam pada 31 Julai lepas,
00:27manakala dua lagi telah ditemukan sebelum ini.
00:31Operasi kali ini memfokuskan kawasan antara lokasi kapal dikaitkan tenggelam dan penemuan mangsa kedua
00:36dengan penggunaan aset laut serta udara maritim Malaysia untuk mengoptimumkan liputan pencarian.
00:43Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama tujuh hari meliputi 457.61 batu nautika persegi
00:51sebelum ditamatkan pada Rabu kerana tiada petunjuk baharu.
00:54Orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika menemui petunjuk berkaitan mangsa
00:58dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau MRCC Putrajaya yang beroperasi 24 jam.
01:08Media sebelum ini melaporkan Demirkol bersama Ahmad Volkan Atta dan Ates Demiroren
01:12merancang pelayaran mengelilingi benua dari Malaysia ke Turki pada 28 Julai lepas
01:18namun kapal mereka dilanda ribut dan dipercayai karam di perairan Pulau Yu.
01:24Demiroren diselamatkan nelayan tempatan ketika terapung di laut
01:27manakala Atta ditemukan selamat selepas hampir 43 jam terapung.