Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jaringan Orang Asal Semalaysia menyerahkan memorandum kepada Menteri Perpaduan Negara sempena Hari Orang Asal 2025, menuntut hak tanah adat, kepimpinan iklim, dan tadbir urus inklusif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jaringan Orang Asal Semalaysia pada Sabtu menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perpaduan Negara bersempena sambutan Hari Orang Asal 2025 sebagai suara kolektif kumpulan etnik pribumi tersebut di seluruh negara.
00:15Memorandum itu disampaikan Presiden Hoas Helen M. Paing, anak Chi Tungkat, kepada Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang pada pelancaran sambutan berkenaan di Tadom Hill Resort, Banting.
00:30Antara intipati memorandum ialah menegaskan semula hak tanah, wilayah adat dan sumber mengiktiraf kepimpinan orang asal dalam mengatasi perubahan iklim dan pengurusan sumber serta memperkukul suara belia dan merentas generasi.
00:44Memorandum itu juga meruntut takbir urus secara inklusif dan bertanggungjawab serta menghargai daya tahan budaya serta hubungan dengan tanah, adat dan wilayah.
00:53Aaron berkata pihaknya akan meneliti memorandum tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.
00:59Katanya kerajaan sentiasa mengiktiraf masyarakat orang asal sebagai elemen penting dalam pembentukan identiti negara dan pemeliharaan keperbagaian budaya yang menjadi antara aset kekuatan Malaysia.
01:11Beliau berkata melalui rancangan Malaysia ke-13, kerajaan Madani memberi tumpuan serius untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat orang asal secara menyeluruh dan bersepadu.
01:20Antara fokus utama ialah penyemakan semula Akta Orang Asli 1954 bagi memperkukul perlindungan hak dan kedudukan komuniti tersebut.

Recommended