00:00Proses penggalian semula kubur Zahra Khairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapal, selesai pada jam 7.15 malam Sabtu.
00:10Peguam yang mewakili keluarga mangsa Hamid Ismail dan Syahlan Jufi menyatakan kepercayaan bahawa keadilan akan ditegakkan walaupun mengakui wujud kelemahan di peringkat awal siasatan.
00:22Kami yakin dengan pihak polis, PIDC kami yakin mereka akan membuat kerja yang baik.
00:29Cuma dalam kes ini bermula kerana kelemahan ataupun kesilapan di bagian awal iaitu apabila tidak ada post-mortem dilakukan, pakaian tidak diambil.
00:39Di sana ada kesilapan tetapi saya lihat pihak polis pun bekerjasama baik dengan Cami dalam kes ini dan saya yakin keadilan akan tertegak bagi adil zarah.
00:49Jenazah pelajar tingkatan satu itu dibawa keluar dari Tanah Perkuburan pada 7.38 malam dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.
01:03Tinjauan mendapati proses gali semula dimulakan sekitar 5.30 petang dengan bacaan doa selepas pasukan forensik polis dan pihak terlibat tiba pada 4.56 petang.
01:15Turut hadir menyaksikan ialah Mufti Sabah, Datuk Bungsu Elias Aziz Jaafar dan Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamarudin Ambo Saka.
01:25EGC menegaskan tindakan gali semula dilakukan bagi membolehkan prosedur bedah siasat dan memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh.
01:34Zara Kairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar.
01:48Terima kasih telah menonton!