Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Israel meluluskan secara muktamad projek penempatan haram baharu E1 yang kontroversi dan dianggap bakal memusnahkan prospek penyelesaian dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, Israel meluluskan secara muktamad projek penempatan haram baru I-1 yang kontroversi dan dianggap bakal memusnahkan prospek penyelesaian dua negara.
00:11Menurut Menteri Kewangan Israel, Basil Smotrich, projek berkenaan adalah janji lama yang akhirnya direalisasikan.
00:21Katanya negara Palestine sedang dipadam, bukan dengan slogan tetapi dengan tindakan.
00:25Projek I-1 yang melibatkan pembinaan kira-kira 3,400 unit rumah baru berhampiran penempatan Ma'alik Adumim akan membahagikan teming barat yang diduduki.
00:35Ini akan memutuskan hubungannya dengan Baitul Maghdi Setimur iaitu kawasan yang menjadi sebahagian tuntutan Palestine bagi pembentukan negara merdeka.
00:42Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu setakat ini tidak mengulas mengenai projek haram I-1.
00:47Namun dalam lawatannya ke penempatan Ofra pada ahad lalu, beliau menegaskan kembali pendirian menolak kewujudan negara Palestine.
00:54Projek I-1 sebelum ini dibekukan pada 2012 dan 2020 selepas bantahan Amerika Syarikat serta kerajaan-kerajaan Eropah.
01:02Menurut kumpulan pemantau Peace Now, kerja-kerja infrastruktur dijangka bermula dalam tempoh beberapa bulan, manakala pembinaan rumah dalam masa setahun.
01:10Kebanyakan masyarakat antarabangsa menganggap penempatan Israel di tebing barat sebagai haram di sisi undang-undang antarabangsa.
01:18Israel bagaimanapun menafikannya dengan alasan mempunyai ikatan sejarah serta kepentingan keselamatan di kawasan berkenaan.
01:24Terima kasih telah menonton!

Recommended