Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai membawa tujuh warga Myanmar tanpa dokumen sah di Gua Musang. Siasatan turut meneliti rangkaian pemindahan warga asing ke Kuala Lumpur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki disyaki membawa tujuh individu dipercayai warga Myanmar
00:06tanpa dokumen perjalanan sah dalam sebuah kenderaan di kilometer sepuluh
00:10jalan sungai terah di Gua Musang, Kelantan semalam.
00:14Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sepertenden Sik Chun Fu berkata mereka ditahan jam 10.50 pagi
00:19oleh sepasukan anggota unit kereta peronda atau MPV IPD Gua Musang
00:24yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.
00:30Katanya polis menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dipandu seorang lelaki
00:35dengan tujuh penumpang dipercayai warga asing.
00:38Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun
00:43bersama tujuh penumpang dipercayai warga Myanmar iaitu lima lelaki dan dua perempuan
00:48berusia antara 17 hingga 39 tahun.
00:51Semua tujuh penumpang gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.
00:57Chun Fu berkata polis menahan pemandu dan semua penumpang
01:00bagi membantu sasatan serta merampas kereta dan telefon bimbit untuk tindakan lanjut.
01:06Katanya sasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai
01:09mengambil semua warga asing terbabit di sekitar pasir Mas
01:13untuk dibawa ke Kuala Lumpur dengan bayaran RM300 bagi setiap individu.
01:18Sasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti pihak lain yang terbabit.

Recommended