Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selagi tahap pendapatan rakyat masih rendah kerana bimbang pelaksanaannya akan meningkatkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

“Pendapatan minimum RM4,000, barulah kita boleh kaji,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelaksaan semula GST.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih beluran.
00:01Pertama dalam soal ekonomi ini kita tengok fakta dulu.
00:05Alasan untuk memperkenalkan GST ialah kerana kononnya hujah bahawa pendapatan jauh lebih tinggi.
00:19Itu alasan paling kuat kenapa harus tukar.
00:22Saya bawa hujah 2018-2026, dia tidak benar dari segi pelaksanaan GST pada ketika itu dengan SST sekarang.
00:34So yang itu hujah itu meleset.
00:36Yang keduanya mengatakan bahawa ada cukai berganda.
00:41Sebab itu dalam dialog belanjawan, ada pendapatan yang bangkitkan.
00:45Jadi saya katakan dalam kes spesifik di mana ada elemen cukai yang berganda.
00:50Itu kita boleh pindah.
00:51Saya bukan dogmatik dalam ekonomi ini.
00:54Sistemnya masih SST tetapi sedikit satu dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu baik.
01:01Mengapa kita tak mahu?
01:03Saya berkeras tak mahu GST.
01:04Bukan soal politik.
01:06Apa yang politiknya?
01:07Kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat.
01:11Saya bimbang satu.
01:12Boleh tak beluran jamin dalam sistem GST yang diperkenalkan di semua negara di dunia.
01:20bahawa kesan kepada rakyat itu terlebih.
01:24Tidak lebih negatif.
01:25Tak boleh.
01:26Sebab prinsipnya dia apa?
01:28GST itu cukai kepada semua.
01:32SST itu cukai kepada peniaga.
01:36Saya memilih untuk cukai kepada peniaga.
01:40Beluran memilih untuk cukai kepada semua.
01:42Itu sistemnya.
01:44Jadi kalau nak pilih itu, saya ingat bagi hujah dan saya terbuka beluran sahabat saya untuk berikan hujah.
01:51Ini bukan, bagi saya bukan pertimbangan politik.
01:54Bagi saya ini, satu pertimbangan ekonomi ekor yang penting yang dibahaskan banyak negara.
02:00Bukan kita di sini saja.
02:02Dari segi rasional, saya setuju.
02:04Kalau keadaan ekonomi, katalah pendapatan minima kita 4 ribu.
02:09Kita boleh kaji sebab,
02:10walaupun cukai di bawah,
02:13tapi dia tidak dianggap terlalu membebankan kerana kita boleh jamin hasil yang lebih baik.
02:18Tetapi,
02:20dan sini betul.
02:21Pendapatan rakyat kita itu masih di peringkat rendah lagi.
02:26Gaji minima kalau kita nak ataskan 2 ribu, itu pun sukar.
02:31Ditentang oleh banyak peniaga-peniaga.
02:33Kita naik 3 kali sejak Ramadan ini.
02:37Untuk naikkan gaji minima.
02:38kerana saya tekankan sekali lagi,
02:41sistem percukaian itu janganlah membebankan.
02:45Ini baik Amin Khaldun,
02:48baik Syah Waliullah Dihlawi,
02:51semua bicarakan sebaik mungkin cari kaedah percukaian
02:57yang tidak membebankan rakyat bawahan.
03:00Sebab itu saya menolak rancangan memperkenalkan GST sekarang.

Recommended