00:00Apakah ini hukuman dua darjat?
00:04Maknanya kalau orang atas begini cara layanannya, kalau rakyat biasa begini.
00:10Saya nak sebut, negara kita negara hukum, kita ada tiga petak.
00:15Petak pertama, kalau seorang yang sudah pun dituduh, disabit kesalahan dan melalui semua proses pengadilan,
00:23kemudian membawa kepada hukuman dikekalkan dan dia jalani hukuman itu.
00:28Apa undang-undang kata?
00:31Orang itu berhak untuk mengangkat atau memohon pengampunan.
00:37Itu hak semua orang, orang kaya, orang miskin, orang kecil, orang besar.
00:40Itu undang-undang sebut begitu.
00:44Baik.
00:45Petak yang kedua adalah, kalau dah sampai kepada pengampunan,
00:48kalau ikut perlembagaan persekutuan, perkara 42 perlembagaan persekutuan, itu dia Pertuan Agong.
00:54Di negeri-negeri pun dia ada juga lembaga pengampunan negeri.
00:57Jadi, disitulah jika petisyen pengampunan diangkat,
01:02menjadi kewajipan atau tanggungjawab petak yang kedua dari sudut undang-undang.
01:08Sama ada dapat, tak dapat, KDN tak ada autoriti untuk memberikannya.
01:13Tak ada, kita tak ada.
01:15Petak ketiga itu petak KDN.
01:16Iaitu jika ada keputusan untuk dilaksanakan, barulah KDN khususnya melalui Jabatan Penjara melaksanakan.
01:23Dan itu mesti mengikut tertib dan lunas undang-undang.
01:27Itu saya nak sebut.
01:29Jadi, sama ada ianya di mata rakyat.
01:33Persepsi kita tak boleh nak elak.
01:34Tapi, peluang untuk menjelaskan dalam parlimen ini,
01:38saya nak sebut bahawa hak memohon ada pada semua.
01:41Hak untuk mendapat pertimbangan juga ada.
01:46Kesamarataan dari segi undang-undang.
01:47Itu hak dia.
01:48Tiga.
01:48Sama ada dapat atau tidak, itu masuk dalam petak lembaga pengampunan.
01:53Tapi, kalau sudah dapat menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan arahan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara itu mempunyai asas undang-undang
02:03dan prosedur yang jelas.
02:04Itu pendirian yang kami nak ambil dari sudut dua darjat.