Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mahkamah Agung Pakistan membenarkan jaminan kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan dalam beberapa kes rusuhan 2023, namun beliau kekal dipenjara atas sabitan kes rasuah.

Transcript
00:00Mahkamah Agong Pakistan membenarkan jaminan kepada bekas Perdana Menteri Imran Han dalam beberapa kes berkaitan rusuhan Mei 2023.
00:10Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Yahya Afridi membuat keputusan itu selepas menerima rayuan Han terhadap penolakan jaminan oleh Mahkamah Tinggi Lahore sebelum ini.
00:21Mahkamah mengarahkan pembebasan Han yang berusia 72 tahun sekiranya beliau tidak lagi dikehendaki dalam mana-mana kes lain.
00:31Namun bekas bintang kriket yang menjadi ahli politik itu kekal di penjara kerana sedang menjalani hukuman selepas disabitkan dalam kes rasuah.
00:38Imran Khan kini berdepan pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan keganasan yang didakwanya bermotifkan politik.
00:45Beberapa pemimpin parti Pakistan Tehraq Iyinsaf termasuk pemimpin pembangkang di parlimen turut disabitkan dalam kes serupa.
00:52Rusuhan besar tersebut tercetus pada Mei 2023 selepas penahanan sementarakan atas tuduhan rasuah mengakibatkan kemudahan ketenteraan termasuk ibu pejabat GHQ di Rawalpindi diserbu para penyokongnya.

Recommended