00:00Kejadian buli yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah kebangsaan di Johor memberikan kesan mendalam terhadapnya apabila mangsa kini mengalami trauma.
00:12Ibunya Siti Suhana Mistry berkata keadaan tersebut membuatkan anak keempatnya itu yang lazimnya berpewatakan ceria kerap mengigau seakan-akan mengalami mimpi yang buruk.
00:24Memetik bernama katanya kejadian buli yang pertama pada Februari lepas turut menyebabkan kanak-kanak itu lebih kerap bersendirian dan menangis selain mudah berkecil hati.
00:38Siti Suhana berkata anaknya yang mengalami masalah saluran pernafasan kronik sejak berusia 8 tahun dan telah menjalani pelbagai pembedahan selain turut menghidap hernia mengalami pelbagai komplikasi akibat kejadian buli pada awal Ogos.
00:53Anaknya terpaksa dirawat selama 9 hari di sebuah hospital bermula dari 12 Ogos susulan komplikasi yang dialami termasuk sakit kepala, muntah-muntahan dan air kencing kotor selain berasa seperti hendak pengsan.
01:08Bagaimanapun Siti Suhana berkata anaknya itu telah dibenarkan pulang 2 hari lepas.
01:12Dalam pada itu Siti Suhana berkata keluarga kanak-kanak yang didakwa membuli anaknya telah tampil memohon maaf namun dia berharap anaknya mendapat pembelaan mengikut lunas undang-undang.
01:24Katanya Jabatan Pendidikan Negeri Johor memberitahu akan ambil tindakan namun hasil siasatan dan keputusan tindakan seterusnya belum diketahui.
01:32Baru-baru ini pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat kanak-kanak berkenaan dan menintah agar langkah-langkah penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan segera berikutan kejadian buli yang kerap berlaku belakang ini.
01:46Terima kasih telah menonton