00:01Pengurusan Lembaga Tabung Haji TH dan Urusan Ibadah Haji tetap dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang tertiri 100% Bumi Putera Muslim.
00:11Menurut pengarah urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustaqim Mohamad, pelbagai sokongan teknikal diperlukan bagi inisiatif penjenamaan yang kompleks ini dan dibekalkan oleh konsortium yang dibentuk oleh Tabung Haji.
00:26Katanya, TH ditubuhkan dengan niat utama untuk umat Islam Malaysia menabung bagi tujuan haji.
00:36Bagaimanapun, kos mengerjakan haji kian meningkat tetapi kadar simpanan pendeposit tidak berkembang.
00:42Bagi menangani masalah ini, Mustaqim berkata TH giat melaksanakan inisiatif penjenamaan untuk memperkasakannya sebagai institusi simpanan yang mana setiap umat Islam kekal menabung secara sistematik dan konsisten.
00:55Terdahulu, beberapa video tular di media sosial yang mengajak umat Islam di negara ini untuk keluar daripada menyimpan wang di Tabung Haji.
01:02Ekoran itu, Tabung Haji membuat laporan polis dan suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC bagi menyiasat penyebaran video berunsur fitnah dan hasutan di laman sosial.
01:13Pihaknya juga bersedia memberikan kerjasama penuh bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu dan pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran berunsur hasutan mengikut lunas undang-undang.
01:27Mustaqim menasihakan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
01:33Terima kasih.
01:35Terima kasih.