Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata penurunan harga minyak enam sen pada September ini tidak semestinya menyebabkan harga barang turun. Katanya, kesannya hanya boleh dilihat menjelang akhir tahun dengan faktor pengilang dan ketelusan harga jadi penentu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pekas Menteri Ekonomi Dato' Suri Rafizi Ramli sukar meramalkan sekiranya harga barang akan turun, susulan harga RON95 turun 6 sen pada September ini.
00:12Beliau berpendapat paling awal kesannya boleh dilihat mungkin menjelang akhir tahun ini.
00:19Jika harga barang selalunya akan naik serta-merta apabila ada kenaikan harga barang asas.
00:27Bahan api seperti minyak dan utiliti seperti elektrik, adakah harga barang akan turun apabila harga minyak turun 6 sen bermula September ini?
00:39Susah nak cakap dan sebenarnya tiada siapa yang tahu buat masa ini.
00:44Kita hanya boleh melihat selepas beberapa bulan iaitu menjelang akhir tahun ini.
00:50Demikiannya katanya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.
00:53Katanya para peniaga sukar menurunkan harga apabila sebelum ini kebanyakannya mereka telah menaikkannya dan ia tidak menjejaskan permintaan dan pelanggan masih membeli.
01:05Rafizi berkata harga barangan mungkin akan turun sekiranya pengilangan iaitu kos di peringkat huluan menurunkan harganya.
01:13Beliau turut mengesah kerajaan memastikan tiada kenaikan mendadak harga bahan asas yang berterusan kerana bahan-bahan asas kebanyakannya adalah barang terkawal.
01:23Terima kasih telah menonton!

Recommended