00:00Kita beralih pula ke perkembangan global. Sekurang-kurangnya 12 anggota polis Columbia terbunuh selepas sebuah helikopter yang digunakan dalam operasi memusnahkan ladang daun kokin ditembak jatuh di wilayah Antioquia pada Khamis.
00:16Menurut pihak berkuasa tempatan, ketika kejadian helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi pemusnahan tanaman haram di kawasan perbandaran Amalfi sekaligus menyebabkan dua lagi anggota cedera.
00:28Presiden Columbia, Gustavo Petro pada awalnya melaporkan 8 kematian. Namun angka korban meningkat kepada 12 selepas pengesahan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.
00:39Dalam insiden berasingan pada hari sama, satu letupan bom kereta berhampiran pakalan udara tentera di Bandar Kali mengorbankan sekurang-kurangnya 6 orang manakala 71 cedera.
00:50Kedua-dua serangan yang mengorbankan keseluruhan 18 nyawa dan mencederakan lebih 70 orang itu dipercayai dilakukan oleh Kumpulan Penentang Perjanjian Damai 2016 yang merupakan bekas anggota Kumpulan Pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Columbia, FARC.
01:09Petro menggesa agar Kumpulan Bersenjata termasuk Katel Dadah dan Puak Penentang Perjanjian Damai diisytiharkan sebagai organisasi pengganas yang boleh didakwa di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
01:21Terima kasih kerana menonton!