Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Seorang doktor pelatih di Austrlia, Ryan Cho, 28 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 50,000 dolar Australia selepas didakwa merakam wanita secara rahsia di tandas beberapa hospital di Melbourne sejak 2021.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang doktor pelatih di Australia, Ryan Cho, 28 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $50,000 Australia
00:09selepas didakwa merakam wanita secara rahsia di tandas beberapa hospital di Melbourne sejak 2021.
00:17Ryan didakwa merakam sekitar 4,500 video, membabitkan sekurang-kurangnya 460 wanita
00:25dan kini bakal berdepan hampir 500 pertuduhan berkaitan kesalahan itu.
00:32Hakim Mahkamah Agung Victoria James Ilyod memerintahkan Ryan tinggal bersama ibu bapanya sementara menunggu perbicaraan.
00:39Pihak pendakwaan berkata Ryan berisiko melarikan diri kerana digantung kerja dan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Australia.
00:46Namun, hakim menolak kebimbangan itu dengan alasan Ryan telah menyerahkan pasport Singapura
00:51dan tidak mempunyai rangkaian jenayah untuk membantunya meninggalkan negara ini.
00:56Ryan ditahan pada Julai lalu selepas polis menemui sebuah telefon yang digunakan untuk merakam video wanita di tandas Hospital Austin.
01:04Polis percaya Ryan turut melakukan perbuatan sama di Hospital Cancer Peter Mackleham dan Hospital di Raja Melbourne.
01:10Setakat ini, tertuduh belum membuat sebarang pengakuan.
01:13Manakala pasukan pembelaan menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kes itu akan dibicarakan.

Recommended