Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mahkamah Agung India pada Jumaat memutuskan anjing jalanan yang ditangkap di New Delhi perlu dimandulkan, diberi vaksin dan mesti dilepaskan semula.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Agung India pada Jumaat memutuskan anjing jalanan yang ditangkap di New Delhi perlu dimandulkan, diberi vaksin dan dilepaskan semula.
00:10Keputusan itu memindah keputusan terdahulu untuk menempatkan semua anjing jalanan di pusat jagaan haiwan sesulam bantahan awam.
00:19Mahkamah turut mengharamkan pemberian makanan kepada anjing di jalan dan tempat awam, sebaliknya hanya dibenarkan di lokasi khas yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan.
00:28Tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah itu.
00:33Walaupun program mandul vaksin sudah wujud, bilangan anjing jalanan di India meningkat dengan ketara, termasuk kes gigitan anjing dan rebis.
00:40Awal bulan ini, Mahkamah Agung telah mengarahkan pihak berkuasa di wilayah Ibu Negara, NCR, mengumpulkan dan menahan semua anjing jalanan ekoran kebimbangan mengenai pendekatan kes gigitan anjing dan rebis.
00:52NCR merangkumi New Delhi dan kawasan pinggir bandar.
00:56Namun, beberapa minggu protes dan rayuan daripada pencinta haiwan serta aktivis hak haiwan, termasuk selebriti dan ahli politik yang menyuarakan bantahan di media sosial, memaksa mahkamah meneliti semula arahan berkenaan.
01:09Di New Delhi sahaja dianggarkan terdapat 800,000 ekor anjing jalanan.
01:14Manakala menurut Pegawai Program Kebajikan Haiwan Tempatan SK Yadaf, sekurang-kurangnya 26,000 kes gigitan anjing telah dilaporkan setakat tahun ini.

Recommended