Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Lee Jae Myung dijadual bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, di Rumah Putih pada Isnin untuk sidang kemuncak pertama mereka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung berlepas ke Washington pada ahad selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba di Tokyo.
00:09Lee dijadual bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih pada Isnin untuk sidang kemuncak pertama mereka.
00:16Menurut pegawai dan penganalisis perbincangan dijangka tertumpu pada masa depan Pakatan Korea Selatan Amerika Syarikat, ancaman senjata nuklear Korea Utara serta desakan Trump supaya Seoul menanggung kos lebih tinggi bagi pendapatan 28,500 anggota tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan.
00:37Terdahulu pada Sabtu, Lee bertemu Ishiba di kediaman rasmi Perdana Menteri bagi membincangkan hubungan dua hala termasuk kerjasama keselamatan lebih erat dengan Amerika di bawah Pakatan Tiga Pihak yang dimeterai pendahulu mereka.
00:52Ini merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Jepun sejak memegang jawatan pada Jun.
00:56Jepun dan Korea Selatan turut berkongsi pendirian dalam isu perdagangan apabila kedua-dua bersetuju mengenakan tarif 15% ke atas barangan impor dari Amerika sebelum Trump mengunggut untuk mengenakan kadar duti lebih tinggi.
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended