Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Singapura akan menyenaraikan etomidate iaitu sejenis bahan bius yang semakin banyak disalahgunakan dalam rokok elektronik (e-vaporiser) sebagai dadah mulai 1 Septemeber ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00...menyenaraikan e-tomidid iaitu sejenis bahan bius yang semakin banyak disalahgunakan dalam rokok elektronik sebagai dadah mulai 1 September.
00:12Menteri Kesihatan Ong Yikung berkata bahan itu yang ketika ini diklasifikasikan di bawah akta racun akan disenaraikan sebagai dadah kelas C di bawah akta penyalahgunaan dadah MDA.
00:25Sebelum ini, Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan Singapura akan menangani isu VAP sebagai masalah dadah dengan tindakan lebih tegas serta hukuman lebih berat bagi memendung mudarat terhadap pengguna.
00:39Kementerian Kesihatan juga sebelum ini memaklumkan di bawah klasifikasi baru itu, pesalah yang didapati menggunakan rokok elektronik mengandungi e-tomidid akan dikenakan pengawasan dan pemulihan mandatori.
00:51Manakala pesalah berulang boleh didakwa dan berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.
00:55Selain itu, hukuman lebih berat turut dikenakan ke atas mereka yang menjual, mengedar atau mengimport peranti itu termasuk penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
01:04Pada Julai lalu, Ong mendedahkan bahawa satu petiga daripada rokok elektronik yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan baru-baru ini mengandungi e-tomidid.

Recommended