Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat warga Bangladesh kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pengurus syarikat warga Bangladesh ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing.
00:12Suspek ditahan sekitar jam 9 malam Rabu dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia JIM di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
00:22Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 3 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Magistri Putrajaya pada Kamis.
00:32Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke negara asal ketika operasi dijalankan sekitar bulan Jun tahun ini.
00:41Bagaimanapun hasil daripada red flag ke atas suspek sebelum ini, lelaki itu ditahan kira-kira jam 9 malam Rabu
00:48dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia sejurus mendarat di Malaysia.
00:53Suspek dipercayai bersubahat dan turut menerima wang rasuah berjumlah kira-kira 210 ribu daripada pemohon permit pekerja asing.
01:01Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Recommended