00:00Kematian Afan Kurniawan, pendunggang penghantar makanan yang dirempuh kenderaan perisai polis ketika tunjuk perasaan di Jakarta, mencetuskan gelombang kemarahan rakyat.
00:13Ibunya, Erlina, merayu supaya pihak yang bertanggungjawab menerima hukuman paling berat selepas anaknya maut ketika baru selesai menghantar pesanan makanan.
00:23Afan merupakan tulang belakang keluarga dan sedang mengumpul wang untuk membeli tanah serta membina rumah untuk keluarganya di kampung halaman mereka di Lampung.
00:34Kejadian berlaku pada malam 28 Ogos apabila kenderaan berimut meluru ke arah penunjuk perasaan di Pejombongan, Jakarta Pusat lalu melanggar Afan sebelum beredar.
00:46Tujuh anggota polis telah ditahan manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti pemandu kenderaan terbabit.
00:53Ketua Polis Negara, Jenderal Listio Sigit Prabowo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Afan dan memberi jaminan polis akan bertanggungjawab.
01:04Presiden Prabowo turut menyampaikan takziah mengecam tindakan berlebihan anggota polis serta mengarahkan siasatan telus dijalankan.
01:11Kematian Afan menjadi titik kebangkitan ribuan penunggang motosikal penghantar makanan yang melaungkan Justice for Afan sambil berkonvoi di jalan raya.
01:23Insiden itu memberukkan lagi gelombang protes rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup dan allown besar ahli parlimen sekaligus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan.