00:00Malaysia perlu memperkukuhkan semangat perpaduan nasional dan jati diri kebangsaan sebagai asas kestabilan negara, khususnya dalam berdepan cabaran era digital serta pengaruh media sosial yang semakin meluas.
00:13Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik UITM Dr. Nur Nirwandi Matnordin berkata, landscape komunikasi kini membolehkan sesiapa sahaja, menyuarakan pendapat dan menegaskan undang-undang penting untuk menjadi karis panduan agar kebebasan itu tidak menjejaskan keselamatan serta ketentraman awam.
00:43Dan ini salah satu kelaziman yang kita harus terima kerana dalam era media sosial kita tidak boleh mengawal sesiapa sahaja untuk memberikan apa-apa pandangan tetapi telah tentu mereka juga dikatakan perpundangan-perpundangan akta publikasi batu media, akta hasutan, akta fitnah dan juga seksyen-seksyen yang mengatakan ketentraman awam dan ini akan memberikan salah satu perkara yang mengikat.
01:07Beliau memberi contoh bagaimana konflik dalaman atau perbezaan pandangan boleh mencetuskan ketegangan jika dimanipulasi, apatah lagi apabila mesej negatif itu diangkat secara berulang-ulang oleh masyarakat sehingga mewujudkan suasana takut dan perpecahan.
01:25Dalam konteks itu, pasukan masyarakat sivil perlu berdiri bersama-sama sebagai benteng mempertahankan aspirasi kedaulatan dan perpaduan negara.
01:35Beliau menambah kebebasan bersuara yang dijamin dalam negara ini perlu diteruskan sebagai simbol toleransi namun ia perlu seiring dengan tanggungjawab kolektif.
01:47Menyentuh sambutan Hari Kebangsaan, beliau menekankan kepentingan aktiviti fizikal dan simbolik seperti perarakan, program mini merdeka, nyanyian lagu patriotik serta pemasangan bendera memberi impak lebih mendalam berbanding sekadar keterujaan di alam maya.
02:05Nirwandi menegaskan sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar ritual tahunan tetapi wadah berterusan untuk memperkuatkan ikatan rakyat dengan negara.