• 1 year ago
Hari ini berlangsungnya sidang kemuncak pertubuhan kerjasama Shanghai atau SCO Plus 2025 yang dipengerusikan oleh Presiden China Xi Jinping di Tianjin, China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hari ini berlangsungnya Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai atau SCO Plus 2025 yang dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping di Tianjin, China.
00:12Wartawan Firdaus Azil yang mengikuti lawatan kerja selama empat hari Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim ada di sana mempunyai butirannya.
00:21Terima kasih kerana mencatatkan sejarah baru dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dan China yang mana apabila Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah pun diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan di pentas SCO Plus
00:42yang mana rata-rata pemerhati melihat ini sebagai satu pencapaian yang cukup signifikan memandangkan Malaysia bukan negara anggota ataupun pemerhati rasmi dalam pertubuhan kerjasama Shanghai ataupun SCO ini.
00:53Yang mana media Malaysia difahamkan bahawa kehadiran Perdana Menteri kali ini selain daripada kapasiti sebagai pengurusi ASEAN 2025 adalah kerana keakraban hubungan yang terjalin
01:03di antara kedua-dua negara ini melebihi daripada setengah abad dan ia semakin mekar sejak Datuk Sri Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2022.
01:13Yang mana kalau boleh saya juga nak recapkan sedikit ucapan intipati dalam ucapan beliau yang mana Datuk Sri Anwar telah menyebut ataupun menzahirkan tiga perkara utama.
01:22Pertamanya ialah memberi sokongan terhadap inisiatif takbir urus global oleh China di bawah teraju presidennya itu Xi Jinping
01:30yang juga Perdana Menteri juga mengambil kesempatan untuk mengkritik kegagalan institusi antarabangsa dalam menangani jenayah kemanusiaan khususnya
01:39tragedi ataupun penindasan yang berlaku di Gaza sehingga ke hari ini dan juga Perdana Menteri juga menyentuh tentang tiga bidang kerjasama serantau
01:48yang mungkin boleh diberi pertimbangan untuk diperkukuhkan antaranya ialah kesaling hubungan ekonomi, kesihatan awam dan kesiapsagaan bencana serta peralihan tenaga.
01:56Dan kalau boleh juga saya nak recap hari ini, pada awal hari ini Perdana Menteri telah memulakan hari dengan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin
02:06yang mana ia bertajuk Sovereign Interdependence Building a Shut Future in Asia dan dalam syarahan tersebut beliau menyentuh tentang keperluan
02:15bagaimana Asia perlu mengelak ataupun perlu menerajui usaha untuk membentuk ekonomi baru yang sebelum ini seringkali didominasi oleh rantau barat
02:25kita dengarkan sedikit petikan ucapan beliau
02:27Now each of these reorderings were scripted by them far from our shores
02:36Asia was present, onlooker, at times the victim, but never the author
02:47Today we have the responsibility to ensure that the next chapter is written with Asian ink as well
02:59Now we have in Asia, that responsibility in this endeavour
03:06Because in the past, what is globalisation and international trade is always designed, crafted, framed in transatlantic terms
03:22But today, China and Asia is the engine of growth, global growth, home to the majority of the young, like you
03:37And the centre of most dynamic technologies, like here in Tianjin University
03:43Dan seterusnya, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan dua syarikat utama dari China
03:50iaitu Riannon Corporation, yang juga merupakan peneraju global dalam bahan tambahan polymer
03:55dan juga China Communications Construction Company Limited, CCCC
03:59yang mana kita tahu bahawa ia merupakan antara kontrak terutama khususnya projek ECRL di Malaysia
04:05dan mana hasil rundingan ini, seperti kita difahamkan bahawa Malaysia telah menerima komitmen pelaburan baru
04:12bernilai RM820 juta daripada Riannon Corporation yang melibatkan sektor teknologi dan infrastruktur
04:19dan ini dijangka akan membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh rantaian bekalan tempatan
04:24dan sudah pasti penyertaan Malaysia dalam SAO Plus
04:26kali ini bukan sahaja mencerminkan kedudukan strategik negara di rantau Asia
04:31tetapi juga dilihat sebagai satu periktirafan terhadap kepimpinan Dato' Sri Anwar Ibrahim
04:36dalam memperkukuh hubungan dua hala dan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi global
04:41jadi bangsa ini itu sahaja yang saya boleh kongsikan untuk hari kedua lawatan Perdana Menteri ke China
04:47yang mana akan melibatkan dua bandar utama iaitu Tianjin dan Beijing
04:50dan itu sahaja sebarang perkembangan akan kita kongsikan dalam Buletin Awani seterusnya
04:55dan juga laman portal dan juga laman media sosial Astro Awani
04:59jadi itu sahaja kita kembali pada rakan surgas di Bukit Channel
05:02Terima kasih Fido Hazard di Tianjin
05:05Terima kasih telah menonton!
05:09Terima kasih telah menonton!

Recommended