00:00Struktur utama menara sementara sistem pemulihan kecemasan ERS di Ranau selesai didirikan pada 1.45 tengah hari pada Sabtu menurut
00:09Sabah Electricity.
00:11Syarikat utiliti itu dalam kenyataan memaklumkan pasukan teknikal kini melaksanakan fasa seterusnya melibatkan pemasangan lengan silang menara serta komponen sokongan
00:21sebelum kerja pemasangan kabel penghantaran dijalankan.
00:26Perkembangan itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memulihkan laluan penghantaran elektrik yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur
00:35Sabah.
00:36Susulan insiden menara penghantaran T313, pasukan GSO mengimbangi kapasiti penjanaan elektrik yang terhad dengan permintaan pengguna di pantai timur Sabah.
00:45Sabah Electricity maklumkan pementauan berterusan, ketepatan membuat keputusan dan kecekapan pengurusan sistem memastikan kapasiti penjanaan yang tersedia dapat dimanfaatkan secara
00:57optimum tanpa menjejaskan kestabilan sistem.
01:00Menara penghantaran elektrik T313 yang terletak di tebing Sungai Liwagu, Kampung Sangindai Lama, Jalan Ranau Telupit, tumbang berpunca daripada hakisan
01:09tapak asas akibat hujan berterusan dan arus deras banjir Sungai Liwagu.
01:14Kejadian itu menjejaskan 153,000 pengguna berdaftar, Sabah Electricity menyasarkan memulihkan bekala elektrik itu pada 2 Disember ini atau lebih
01:24awal.
01:24Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook rasmi Sabah Electricity Careline atau menghubungi talian 15444-088-515000 serta
01:37WhatsApp 019-852-5427.