• 4 minutes ago
Purata penggunaan air mencecah 240 liter per kapita sehari berbanding sasaran 180 liter menjelang 2030.
Transcript
00:00Baik bertemu semula, purata penggunaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencecah 240 liter per kapita sehari LCD pada
00:102025, melebihi sasaran nasional sebanyak 180 LCD menjelang 2030.
00:17Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, angka itu menunjukkan masih banyak ruang untuk penambahbaikan dalam amalan penggunaan air
00:26secara berhemah dalam kalangan masyarakat.
00:31Katanya setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memastikan kelestarian sumber air termasuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan harian.
00:39Beliau berkata, angka ini menunjukkan bahawa masih banyak ruang untuk kita perbaiki cara penggunaan air.
00:46Kerajaan negeri menyuruh seluruh rakyat supaya mengamalkan penjimatan air secara konsisten.
00:51Dalam perkembangan berkaitan, Amiruddin Syari berkata, usaha penggantian pipe lama turut menunjukkan hasil positif
00:57apabila insiden pipe pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air semakin berkurangan.
01:03Jumlah kilometer pecah itu pun sudah makin berkurang.
01:07Dulu setiap sekian kilometer akan berlaku pecah, jumlahnya sudah semakin panjang.
01:13Ini bermakna penggantian pipe yang kita lakukan itu telah memberikan hasil.
01:18Beliau berkata, kerajaan negeri turut memanfaatkan kerjasama strategik dengan Amazon Web Services AWS
01:24termasuk penggunaan teknologi sensor bagi membantu mengesan kebocoran pipe dengan lebih pantas.
01:31Karnival Wira Air Selangor 2026 Anjuran Air Selangor menghimpunkan kira-kira 1,500 pelajar
01:37bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjimatan dan pemeliharaan sumber air.
01:43Terima kasih.

Recommended