00:00Seterusnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan dalam utama sindiket pengedaran dadah yang menggunakan aset ketenteraan tentera
00:08udara di Raja Malaysia TUDM sudah dikenalpasti.
00:12Bagaimanapun katanya, suspek meloloskan diri ketika operasi tangkapan dilakukan oleh pihak polis.
00:18Suspek kini masih dalam radar pengesanan polis dan usaha untuk memburunya sedang diteruskan.
00:25Kita dah kenalpasti dalam utama.
00:30Tapi apabila tangkapan dibuat, dia bolos.
00:34Tapi dia dalam radar, cracking polis.
00:38Jadi, apalah, dia pelanduk mungkin lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.
00:47Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis juga telah mengenalpasti peranan setiap individu dalam rangkaian sindiket berkenaan termasuk pembiaya,
00:57perancang utama, pengangkut, penghantar, pemberi maklumat serta penyelaras kegiatan.
01:03Tambahnya, siasatan juga masih diperluaskan bagi mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.
01:12Pada masa yang sama, katanya Jemaah Menteri juga bersetuju dengan syur agar kawalan keselamatan diperluas ke pangkalan udara tentera.