• 7 minutes ago
Angka korban insiden runtuhan bangunan dalam pembinaan di Karachi, Pakistan meningkat kepada 11 orang setakat Sabtu, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Transcript
00:00Angka korban insiden runtuhan bangunan dalam pembinaan di Karachi, Pakistan meningkat kepada 11 mangsa setakat Sabtu.
00:09Jentera berat digerakkan untuk mengalihkan runtuhan manakala pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup atau jasad mangsa.
00:39Bangunan 6 tingkat itu runtuh pada Rabu lalu menambah kepada siri insiden runtuhan bangunan di Karachi.
00:46Tahun lalu, tragedi runtuhan bangunan 5 tingkat di daerah Liari, Karachi meranggut nyawa 27 orang.
00:51Karachi yang mempunyai lebih 20 juta penduduk berdepan masalah infrastruktur yang semakin uzuh, kepadatan penduduk serta kelemahan penguatkuasaan peraturan pembinaan.

Recommended