00:00Baik, seterusnya Jabatan Agama Islam Negeri Johor menafikan dakwaan bahawa peserta khusus pra-perkahwinan Islam di negeri itu diwajibkan lulus
00:10peperiksaan bagi mendapatkan sijil bermula tahun depan.
00:14Pengarahnya, Datuk Mohd Razie Mohd Amin berkata penilaian yang dicadangkan hanya bertujuan mengukur tahap kefahaman peserta dan bukan menentukan kelayakan
00:25mereka menerima sijil.
00:29Jelasnya JAINJ menerusi bahagian perundangan syariah bercadang melaksanakan penilaian berbentuk soalan objektif bagi menilai kefahaman peserta terhadap kandungan khusus.
00:40Menurut beliau, semua peserta tetap akan diberikan sijil khusus tanpa mengira markah yang diperoleh dalam penilaian tersebut.
00:47Katanya langkah itu bukan bertujuan memalukan peserta yang memperoleh markah rendah, sebaliknya membantu mereka mengenal pasti tahap penguasaan ilmu yang
00:55dipelajari.
00:57Katanya penilaian itu penting bagi memastikan pasangan yang bakar berkahwin memahami asas pengetahuan yang diperlukan sebagai persediaan membina rumah tangga.
01:07Menurutnya, objektif utama kursus berkenaan adalah melengkapkan peserta dengan ilmu bagi membina institusi kekeluargaan yang kukuh, sejahtera dan berkekalan.
01:16Dalam pada itu, JAINJ akan memberikan taklimat kepada 16 syarikat yang diberi kuasa mengendalikan kursus pra-perkahwinan Islam di Johor
01:25tahun depan berhubung cadangan pelaksanaan penilaian itu.
01:29Untuk rekod, menghadiri kursus pra-perkahwinan Islam merupakan antara syarat yang perlu dipenuhi pasangan Islam bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
01:37Terima kasih.