• 5 minutes ago
Rakyat Palestin mengadakan upacara pengebumian Ahmed Abu Hasira, seorang pengawal keselamatan Médecins Sans Frontières (MSF) yang maut dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza, sekali gus menjadikan jumlah kakitangan pertubuhan itu yang terkorban di Gaza meningkat kepada 17 orang.
Transcript
00:00Baik, dalam hari itu rakyat Palestine mengadakan upacara pengemumian seorang pekerja pertubuhan kemanusiaan MSF yang terkorban dalam serangan udara Israel
00:08di Bandar Gaza.
00:10Mangsa Ahmed Abu Hasira merupakan pengawal keselamatan MSF yang terkorban bersama seorang lagi rakan sekerjanya dalam serangan pada Jumaat.
00:24Jenazah Ahmed Abu Hasira diusung melalui jalan-jalan di Bandar Gaza pada Sabtu dengan kain kaparnya diselubungi kain yang memaparkan
00:33logo MSF.
00:34Beliau merupakan antara dua pengawal keselamatan MSF yang terkorban apabila serangan udara Israel menyasarkan sebuah bangunan di luar kawasan klinik
00:43pertubuhan itu.
00:45Menurut petugas perubatan, kedua-dua mangsa terkorban dalam serangan berkenaan pada lewat Jumaat.
00:51MSF dalam kenyataannya menzahirkan kemarahan dan kecirigaan terhadap serangan tersebut.
00:57Pertubuhan itu menegaskan premisnya telah ditandakan dengan jelas menggunakan logo MSF, manakala lokasinya juga telah dimaklumkan kepada tentera Israel.
01:06MSF turut menuntut pihak yang bertanggungjawab diambil tindakan atas kejadian itu.
01:11Menurut kenyataan pertubuhan itu, insiden tersebut menjadikan jumlah kakitangan MSF yang terkorban di Gaza meningkat kepada 17 orang.
01:19Bagaimanapun, MSF belum memberikan maklum balas lanjut berhubung dawaan Israel terhadap kedua-dua kakitangan keselamatan berkenaan.
01:26Terima kasih.

Recommended