• 1 year ago
Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Faisal halim memfailkan permohonan cerai setelah rumah tangga yang dibina sejak 2019 tidak boleh diselamatkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rumah tangga pemain sayap Selangor FC dan tonggak kebangsaan Faisal Halim dilanda badai apabila isterinya Nur Shazwani Mizwana Syahril memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kelang, Selangor.
00:14Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga selama enam tahun iaitu sejak 9 Mac 2019.
00:20Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syariah Muhammad Hairuddin Abdurrahim pada selasa.
00:27Spekulasi mengenai penceraian pasangan itu semakin diperkukuh selepas Shazwani berkongsi hantaran di Instagram termasuk mengulang siar kata-kata semangat daripada rakan-rakan.
00:40Dalam satu kenyataan di Instagram Story, Shazwani turut mendedahkan keputusan yang diambil kali ini bukanlah sesuatu yang mudah namun terpaksa dilakukan.
00:49Selepas pelbagai usaha mempertahankan rumah tangga gagal.
00:53Menurut Shazwani, dia sudah berkorban sepenuh jiwa demi keluarga bermula dari saat sukar sehingga kejayaan serta menemani suami ketika berdepan pelbagai dugaan.
01:04Faisal, 27 tahun, merupakan pemain utama Harimau Malaya yang sudah membuat 39 penampilan bersama Selangor FC dan 32 caps bersama skuad kebangsaan.
01:15Hasil perkahwinan pasangan itu dikunakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kalish Aryan.

Recommended